Blogger Widgets Blogspot Tutorial

Thursday 26 May 2016

KOIR ( Apa itu KOIR? )

KOIR  

APA ITU KOIRRRRRR????

Koir adalah suatu ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud "bersama-sama."

Kelab koir merupakan sebuah kumpulan nyanyian terdiri daripada 45 orang ataupun lebih. Koir ditubuhkan  disekolah hasil daripada permintaan pelajar-pelajar. Guru-guru akan menjemput orang luar bagi mengajar pelajar-pelajar sekiranya guru penasihat tersebut. Kebiasaanya koir juga diajar oleh senior daripada sekolah tersebut yang menjadi kumpulan mahir. Apabila sesuatu kumpulan baru ditubuhkan maka kumpulan baru ini akan membuat persembahan disekolah dan akan menggantikan kumpulan mahir atau senior mereka. Dari segi istilahnya, koir adalah sebuah kumpulan muzikal vokal yang menyanyi beramai-ramai yang membentuk satu nyanyian yang harmoni. Walaupun bukan penyanyi solo yang baik, namun dalam kumpulan koir, ahli-ahli ini mampu untuk menghasilkan gabungan suara yang berharmoni, mantap dan merdu.

Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik(sama seperti orkestra). Konduktor-konduktor untuk koir  kadang-kala disebut pengarah koral,  pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.
Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, tetapi jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad dan boleh lebih dan kurang. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan juga lapan.
Kumpulan koir boleh menyanyi dengan iringan atau tanpa iringan alat-alat muzik.  Nyanyian tanpa iringan instrumen ini dipanggil nyanyian "acapella".  


LATAR BELAKANG PENUBUHAN  KUMPULAN KOIR
Perancangan bagi membentuk sebuah kumpulan koir seharusnya dilakukan secara teratur agar segala yang telah dirancang mampu dilaksanakan hingga tercapai objektif. Ia bertujuan mengelak daripada timbulnya masalah-masalah yang boleh membantutkan perancangan yang telah dibuat. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian terutamanya dalam menentukan kejayaan sesebuah kumpulan koir itu, antaranya ialah :
1.      Saiz kumpulan
2.      Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara
3.      Jumlah atau bilangan penyanyi
4.      Pemuzik Iringan
5.      Alat Muzik Iringan
6.      Keupayaan Guru.
7.      Tempat Latihan
8.      Jadual Latihan
9.      Surat menyurat
10.  Skor atau gubahan-gubahan lagu.
Kesemua faktor yang disebutkan diatas akan memudahkan prosedur yang seterusnya dan membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar dan sasaran penubuhan koir tersebut berjaya. Prosedur berikutnya ialah:
ü  Menentukan tarikh uji bakat
Penentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar yang berminat berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu mendapatkan pelajar yang terbaik dikalangan pelajar.
ü  Melaksanakan uji bakat
Melaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi dalam nyanyian koir.dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam setiap kumpulan. Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti. Ia akan memudahkan proses keseimbangan bunyi sesebuah kumpulan koir. Guru-guru juga perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari penyanyi secara kumpulan bukan secara solo.

ü  Tempo
Menyanyi dengan tempo yang tepat amat penting dalam sesebuah kumpulan ensembel . Terdapat aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mengesan tempo pelajar antaranya ialah;
Meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau dinyanyikan.
Tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya.

ü  Renj
Menentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara saperti suara soprano, alto ,tenor dan bes. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah dengan meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat dilakukan secara lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar misalnya: mainkan satu nada sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan not tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu . Proses ini memudahkan guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap individu.


ü  Tone Suara
Tone kualiti setiap individu berbeza-beza dan iaperlu disesuaikan dengan kumpulan kumpulan tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya misalnya terlalau tajam, atau gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan keseluruhan ensembel. Suaranya akan selalu tertonjol menyebabkan imbangan bunyi sukar dilakukan.Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun secara kumpulan.

ü  Irama
Kemahiran dalam irama dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam lagu yang mempunyai pelbagai corak irama. Sesetengah pelajar sukar menyanyikan bahagian-bahagian irama ‘up beat’ atau sinkopasi .Ini akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu para guru disarankan menguji kebolehan pelajar dalam irama yang pelbagai dan pastikan ia dilakukan dengan betul serta menepati tempo yang diberi. Aktiviti yang selalu dilakukan ialah guru menyedikan beberapa jenis pola irama yang pelbagai termasuk yang mempunyai sinkopasi . Guru menepuk irama-irama tersebut dan meminta pelajar mengikutnya. Pelajar yang berjaya mengikutinya dengan irama serta tempo yang betul dianggap berjaya dan layak menyertai kumpulan tersebut. Bagi pelajar yang mempunyai latarbelakang muzik serta telah menguasai corak irama bolehlah menjalankan aktiviti yang lebih mencabar iaitu guru memaikan satu corak irama asas dan meminta pelajar memaikan satu corak irama lain dalam waktu yang sama. Gabungan corak irama ini akan menghasilkan satu corak irama baru jika dimainkan dengan betul.

ü  Ketepatan Pic
Ketepatan pic sangat penting dalam menghasilkan sebarang bentuk ensembel yang berkualiti. Ia juga tidak terkecuali bagi sebuah kumpulan koir. Lapisan suara hanya dapat dilakukan jika setiap pelajar mempunyai ketepatan pic. Pic yang lemah akan menyebabkan harmoni yang tidak tepat , lemah serta tidak bertenaga malah menyukarkan proses nyanyian secara harmoni. Dalam konteks ini guru perlu mempastikan setiap pelajar yang terpilih mempunyai ketepatan pic. Ketepatan pic dapat dinilai atau diuji melalui beberapa aktiviti mudah saperti meminta pelajar menyanyikan balik melodi yang dimainkan atau dinyanyikan . Pelajar yang dapat mernyanyikan balik melodi yang dimainkan dikira mempunyai ketepatan pic yan baik, Namun guru-guru perlulah memainkan melodi-melodi yang bersesuaian dengan renj suara individu tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah menyanyikan arppegio,skel serta melodi-melodi pendek yang dimainkan dalam pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap individu.
















Pembahagian Kepada Kumpulan S.A.T.B
Pembahagian kepada kumpulan dilakukan berdasarkan jumlah atau saiz kumpulan yang telah dirancangkan. Dalam konteks ini kumpulan yang dirancangkan berjumlah 40 orang. Pemberatannya ialah 13penyanyi bes( BASS), 10 penyanyi tenor, 10 penyanyi Alto dan 7 penyanyi sopranao.Pemberatan ini diambil setelah mengambilkira kekuatan bunyi yang diperlukan. Penetapan kumpulan ini dibahagikan berdasarkan renj suara yang dimiliki oleh individu dengan berdasarkan renj saperti berikut;
1. Soprano
2. Alto
3. Tenor
4. Bes
Menyanyi mengikut kumpulan S, A, T, B. dimulakan dengan kumpulan soprano dan diikuti oleh alto, tenor dan bes. Melodi biasanya dinyanyikan oleh soprano atau alto namun kadangkala semua menyanyi secara unison jadi adalah lebih baik rujuk pada skor dan pastikan kumpulan yang menyanyikan bahagian melodi didahulukan.







7 comments: